Info Bola Perancang tengah Bahrain, Komail Al Aswad mahu penyokong memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil pada aksi pasukannya berdepan Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023, esok.
Perkara itu disuarakan Al Aswad ketika ditanya mengenai penyokong Malaysia dan dia turut menjelaskan pemain ke-12 Harimau Malaya mewujudkan atmosfera yang menarik di Stadium Nasional.
Kami lihat pada perlawanan pertama, mereka penyokong yang hebat, mencetuskan atmosfera yang bagus di stadium. Kami mahu lihat stadium penuh pada perlawanan esok dan membentuk atmosfera yang menarik untuk perlawanan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Daftar Bola Justeru, pemain berusia 28 tahun itu menegaskan bahawa dia juga mempunyai impian untuk terus meledak jaringan buat pasukannya termasuk apabila berdepan Harimau Malaya.
Katanya, pasukan Bahrain melihat aksi Harimau Malaya ketika menewaskan Turkmenistan 3-1, Rabu lalu dan mengakui perlu meneliti lebih banyak video untuk membuat analisis mengenai skuad kendalian Kim Pan Gon itu.
“Kami melakukan persiapan yang terbaik untuk perlawanan dan kami bersedia untuk mendapatkan tiga mata bagi berada di kedudukan teratas kumpulan.
Sudah pasti menjaringkan gol memberikan anda Seputar Info Bola motivasi dan keyakinan lebih tinggi. Setiap pemain mahu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, kami juga akan melakukan yang terbaik untuk perlawanan akan datang dan membantu pasukan,” katanya.(AW)

